Monday, January 26, 2009

LAGU 'PANAS' KE FINAL HITS 1


Alhamdulillah, berkat usaha keras Ifa dan berkat sokongan padu para peminat semua, lagu 'PANAS' menjadi Juara pada minggu ke 10, sekaligus menjadikan lagu tersebut layak ke Final HITS 1 yang akan berlangsung pada 28hb.March nanti. Selain bersyukur ke hadrat Illahi, Ifa juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang mengundi lagu 'PANAS'. Untuk tidak menghampakan semua, Ifa akan menampilkan persembahan yang istimewa untuk para peminat semua. Pada yang berada jauh di luar Kuala Lumpur jangan merasa hampa, kerana anda boleh menyaksikan HITS 1 yang akan bersiaran secara langsung menerusi TV2.



********************************************************************




Semalam pula,Ifa baru sahaja selesai rakaman rancangan EWAH EWAH terbitan TV3. Menerusi rancangan yang semakin popular itu, Ifa mendendangkan dua buah lagu dan salah satu lagu tersebuat adalah 'PANAS'. Rancangan yang dihostkan oleh Nabil Raja Lawak dan Raja Azura dan menampilkan persembahan Ifa itu akan disiarkan pada bulan Febuari,nantikannya ya.

Saturday, January 3, 2009

WANITA HARI INI EDISI ISTIMEWA

Khamis lepas, sempena pembukaan tahun baru 01.01.2009, WANITA HARI INI telah bersiaran secara langsung dari Putrajaya. Kiranya kali ini seperti edisi khas atau Bumper Issue untuk WHI. Yang istimewanya bukan hanya tarikh tersebut jatuh pada 01.01.2009, malah program yang popular ini telah menampilkan buat julung-julung kalinya 9 orang personaliti TV, selain memperkenalkan penyampai baru untuk WHI. Ifa sangat gembira kerana terlibat dalam program popular ini dan bersiaran di dalam Cruise. Program kali ini menampilkan tiga set yang berbeza selain membawakan tema Pasangan Romantis yang menapilkan Sharifa Zarina dan suami, Dayngku Intan dan suami, Nieyl dan suami juga pasangan yang baru-baru ini dinobatkan sebagai juara SEHATI BERDANSA. Selepas pengembaraan program WHI secara langsung, kami sempat dibawa menaiki Cruise mengelilingi tasik Putrajaya.
Mencuba mengemudikan kapal

Antara barisan penyampai yang menjayakan rancanga WHI
Pemandangan Cruise dari luar


semasa di deck kapal

Cantikkan...setting meja makan cruise ini
Semasa dimake-up sebelum pengembaran bermula











SALAM TAHUN BARU 2009

Assalamualaikum, dan salam sayang dari Ifa buat para peminat tersayang. Ini adalah kali pertama kita bertemu di sini untuk tahun 2009 ini. Bagaimana dengan azam baru anda semua?. Bagi Ifa, azam tahun baru masih sama seperti tahun lepas iaitu untuk memantapkan kerjaya dan juga untuk meluaskan perniagaan yang Ifa ceburi, tetapi yang lebih penting Ifa ingin memberi tumpuan yang lebih pada keluarga tercinta. Terima kasih atas sokongan keluarga dan juga sokongan peminat Ifa yang tersayang. Ifa mengharapkan sokongan yang berterusan dari peminat semua untuk Ifa meneruskan perjuangan sebagai anak seni. Sempena kedatangan tahun baru 2009 ini, marilah kita menggiatkan usaha dalam bidang yang kita ceburi dan pada peminat Ifa yang berkerja pula, Ifa doakan agar maju dalam bidang kerjaya masing-masing. Apa yang lebih penting, selain berdoa, kita haruslah fokus kepada kerjaya yang kita ceburi. Salam sayang buat semua, semoga kita berjumpa di artikel yang lain.