Tuesday, December 2, 2008

PETIKAN DARI BERITA HARIAN 03.DEC.08


Jawablah!: 'Susu diberi, tuba dibalas'
Oleh Farihad Shalla Mahmudfarihad@bharian.com.my
Ifa Raziah
BARANGKALI akan ada yang beranggapan bahawa penyanyi Ifa Raziah cuba menegakkan benang yang basah apabila dia tampil memberi kenyataan balas atas dakwaan dia menganiaya pembantu peribadinya (PA), yang bernama Nurul Husna seperti yang disebarkan menerusi e-mel baru-baru ini. Maklumlah, sebelum ini pun memang ramai yang melabelkan Ifa sebagai artis mulut laser, panas baran dan kaki gaduh. Jadi apabila cerita seperti ini timbul, tentunya mereka yang selama ini mempunyai persepsi buruk terhadap Ifa akan lekas mempercayainya. Bagi mereka yang berpeluang membaca isi kandung e-mel itu, pasti akan terkejut kerana tidak menyangka, artis mudah didekati serta peramah ini bersikap sedemikian kepada seseorang yang pernah membantunya suatu waktu dulu.
Biarpun pada permulaannya, Ifa enggan memperbesarkan perkara itu kerana tidak mahu ia menjadi kecoh, namun mengenangkan imejnya sebagai pelakon serta ahli perniagaan sudah tercalar gara-gara cerita itu, Ifa merasakan sudah tiba masanya untuk dia bangkit menceritakan keadaan sebenar. Sambil ditemani suami yang merangkap pengurusnya, Ahmad Yani, si pelantun lagu Panas serta pengasas produk kecantikan Serifa ini meluahkan segala yang terbuku di dada dengan harapan, arang yang terconteng di wajahnya ketika ini dapat segera dipadamkan. Hip: Benarkah dakwaan yang mengatakan Ifa Raziah menganiaya bekas pembantu peribadi. Bagaimana isu ini boleh timbul?
Ifa: Saya sebenarnya sudah lama tahu pasal e-mel ini tetapi malas hendak memperbesar-besarkan kerana tidak mahu mengecohkan keadaan. Tetapi, apabila dia (Nurul) bertindak menyebarkan cerita ini kepada media, saya rasakan perbuatan itu sudah melampau. Bayangkan, bagaimana saya hendak mengadap muka kawan-kawan, rakan perniagaan, pelanggan saya apabila mereka membaca cerita yang kononnya Ifa Raziah menganiaya pembantu peribadinya. Saya berani memberi jaminan bahawa apa yang diceritakan dalam e-mel itu sememangnya tidak benar, berbaur fitnah dan cuba memburukkan saya dan suami. Walaupun saya sering membawakan watak jahat dalam drama namun saya tidaklah sekejam yang didakwa. Terus terang, apabila cerita itu keluar di akhbar, saya tertekan. Sudahlah anak saya sakit dan sedang dirawat di hospital. Ditambah pula terpaksa berdepan dengan cerita seperti ini. Memang rasa malu sangat kerana satu Malaysia tahu cerita itu. Hip: Bolehkah orang percaya dengan cerita Ifa ini memandangkan sebelum ini memang banyak cerita negatif mengenai Ifa yang dipaparkan media. Ifa: Baiklah, memandangkan maruah saya dan suami sudah tercemar gara-gara e-mel yang ditulis Nurul itu jadi saya mengambil peluang ini untuk menceritakan segala-galanya supaya orang di luar sana tahu siapa yang salah dan siapa yang benar. Saya ingin kupas satu demi satu dakwaan yang dilemparkan menerusi e-melnya itu. Saya akui, Nurul memang bekas pembantu peribadi saya. Dia mula kerja dengan saya pada bulan Julai lalu. Saya akui dialah orang yang membantu saya dengan meminjamkan bilik sewaktu peristiwa hitam di Genting Highlands, awal tahun lalu dan saya tak pernah lupa akan jasanya itu. Dalam e-mel itu, dia mendakwa yang saya masih berhutang dengannya kerana tidak mahu membayar gajinya selepas teruk bekerja. Di sini saya ingin menyoalnya balik, sejak bekerja dengan saya, berapa hari yang betul-betul dia berkhidmat dengan saya? Terus terang, sepanjang empat bulan dia menjalankan tugas sebagai PA, jumlah hari bekerja yang sepatutnya dilakukan amat sedikit. Pendek kata, tak berbaloi dengan gaji yang saya bayar. Saya ingin membuat pembetulan di sini. Saya sebenarnya tidak pernah menyuruh dia berhenti kerja di butik seperti yang didakwa. Mengenangkan dia pernah membantu saya, jadi saya ada tawarkannya bekerja secara sambilan dengan saya terutama pada waktu hujung minggu. Maklumlah, si Nurul ni bukan saja seorang pelajar yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi tetapi dia juga sudah berkahwin. Jadi saya memahami jadualnya yang padat. Itu yang saya tawarkan dia bekerja secara sambilan. Namun tak sangka pula dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan ingin mengikut saya. Memandangkan dia yang buat keputusan, saya pun okaylah. Melihat dia sudah tidak bekerja di butik, saya pun memasang niat untuk menjadikannya PA sepenuh masa saya. Iyalah ketika inipun rezeki saya dalam bidang lakonan murah, jadi teringin hendak menggunakan PA. Tapi tak sangka pula si Nurul ini seorang yang banyak sangat alasan. Setiap kali bila saya ada tugasan yang memerlukan dia berada di sisi, pasti ada saja alasannya untuk tidak mahu turut serta. PA apa macam itu? Boleh dikatakan, dalam sebulan, jumlah hari bekerjanya adalah dalam 4, 5 hari. Jadi cuba fikir, nak kira gaji macam mana? Tapi tak kisahlah dan saya cuba untuk bertolak ansur kerana memahami statusnya sebagai pelajar dan juga isteri. Namun, tak sangka pula susu yang kita bagi, tuba yang dibalasnya. Hip: Bagaimana pula dengan isu tak bayar gaji?
Ifa: Seperti yang saya katakan tadi, dalam sebulan adalah dalam 4 atau 5 hari saja dia bekerja. Jadi takkan saya hendak bayar dia gaji penuh macam orang kerja sebulan. Saya bayarlah ikut hari. Tapi, saya tak pernah lupa bagi duit minyak padanya. Dia juga mendakwa yang kononnya dia bekerja selama 14 jam gara-gara ikut saya shooting Spa Q. Saya akui, ada satu hari itu penggambaran memang ambil masa lama tapi tahu tak apa yang dilakukannya sepanjang saya shooting tu. Dia bukannya berada di sisi saya serta membantu apa yang patut. Sebaliknya, dia tidur dan dia sendiri yang mengaku yang dia tidur. Tapi saya tak adalah marah dia. Dia sepatutnya beruntung dapat majikan macam saya. Cuba kalau artis lain yang pembantunya tidur sewaktu dia sedang bertungkus lumus di lokasi, sah-sah dah kena hamun di situ juga. Itu belum masuk bab saya biarkan dia ambil duit hasil jualan hamper saya. Ketika musim perayaan tempoh hari, saya ada juga memintanya jualkan hamper saya pada kawan-kawannya, tetapi saya tak ambil wang itu. Sebaliknya, saya berikan semua padanya. Apalah sangat duit itu berbanding dengan jasanya yang pernah membantu kami. Tapi itulah, dia masih tak sedar diri lagi dan menuduh kami macam-macam. Hip: Jadi apakah Ifa akan melunaskan hutang Ifa padanya? Ifa: Sebelum dia berhenti kerja pada 19 November lalu, dia ada memberikan kami surat. Rupa-rupanya isi kandung surat itu adalah luahan perasaan tidak puas hatinya terhadap kami berdua. Malah dalam surat itu dia sudah buat kira-kira, berapakah baki gaji dia yang kami belum lunaskan. Selepas ditolak dengan apa yang kami sudah berikan sebelum ini, baki yang tinggal adalah RM405. Bukan kami tak nak bayar tapi, suami Ifa kata kalau dia hendak sangat baki gaji itu, dia boleh berikan tapi dengan satu syarat, suami Ifa ingin bertemu dengan dia serta suaminya sendiri. Kami mahu bersemuka dengannya dan kami ingin dia menjelaskan beberapa perkara yang dicatatkan dalam surat setebal sembilan muka surat itu? Kami memang bengang sangat sebaik saja kami baca surat itu. Macam-macam perkara yang dibangkitkannya termasuk perkara yang tak ada sangkut paut dengannya. Yani sendiri ada menghantar SMS pada dia, meminta supaya kita bersemuka. Malah kami sanggup menambahkan jumlah wang menjadi RM450 asalkan dia datang berjumpa dengan kami dan menjelaskan apa tujuannya memburuk-burukkan kami. Hip: Bagaimana pula dengan isu melayannya seperti binatang? Ifa: Itu juga tidak benar. Kalau betul saya melayannya seperti binatang, sudah lama badan dia lebam-lebam atau saya simbah air panas padanya. Tapi tak pula berlaku. Dan kalau betul, sudah lama orang gaji saya di rumah itu menerima nasib yang sama. Saya tahu dia tak puas hati dengan saya sebab saya suka jerit atau marah padanya. Tapi cuba fikir, macam mana saya tak marah kalau dia berkelakuan tidak senonoh? Bayangkan, macam mana saya tak jerit kalau setiap kali saya memerlukannya, dia berada di tempat lain. Contohnya sewaktu shooting Spa Q, sudahlah lokasi penggambaran itu dilakukan di sebuah rumah yang teramat besar. Jadi apabila saya memerlukannya untuk mencari barang atau sediakan skrip dan dia hilang entah ke mana, terpaksalah saya menjerit untuk memanggilnya. Rupa-rupanya di sibuk melayan kru produksi bertugas. Saya bukannya apa, dia itu isteri orang. Saya tak mahulah suaminya menyangka yang bukan-bukan serta menuduh saya tak pandai jaga isterinya. Tapi itulah, dia tak boleh terima teguran. Selepas melihat perbuatan dan tindakannya, saya dapati dia sebenarnya tidak tahu apa sebenarnya tugas seorang PA. Malah kalau hendak dibandingkan dia dengan PA orang lain, bezanya macam langit dengan bumi. Orang lain setia menunggu di sisi majikan mereka tapi si Nurul ni suka menghilangkan diri. Kalau tak dipanggil, tak nampak batang hidung. Hip: Serik untuk menggunakan khidmat PA pada masa akan datang? Ifa: Terus terang, saya memang serik nak gunakan khidmat PA. Bayangkan sepanjang lebih sedekad menjadi anak seni, Ifa tak pernah guna khidmat PA. Sebelum ini pun suami yang banyak bantu. Ingatkan hendaklah merasa bagaimana rupanya bila ada pembantu. Ingatkan kerja makin senang, rupanya lagi menambahkan masalah. Lagipun memang sebelum ini Ifa malas hendak menggunakan khidmat PA lebih-lebih lagi wanita dan sudah berkahwin sebab Ifa tahu, mereka ada banyak komitmen tapi mengenangkan jasanya yang membantu kami, saya ambillah dia bekerja. Sebenarnya ada banyak benda yang berlaku sepanjang dia bekerja dengan saya. Cerita duit kami hilang sebanyak RM1800 yang pada ketika kejadian itu berlaku, beg tangan saya berada dalam jagaannya. Tapi kami tak pernah bertanyakan hal itu kerana tidak mahu dia menyangka yang kami menuduhnya. Kejadian itu berlaku pada bulan puasa lalu. Jadi apabila dia mereka-reka cerita dan mendakwa kami dengan pelbagai tuduhan menyakitkan, itu adalah perkara yang amat menyedihkan kami.

Monday, December 1, 2008

BELUM REZEKI & IFA DAH BUAT YG TERBAIK

Tak fikir bertanding elak tertekanOleh Mohd Nasif Badruddinmnasif@hmetro.com.my
Rap
KEKURANGAN penyertaan lagu kategori etnik kreatif dalam Muzik-Muzik menjadi sebab kenapa hanya 10 lagu dipilih bertanding di peringkat separuh akhir dan seterusnya hanya tiga lagu layak bersaing ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23).
Situasi ini amat berbeza berbanding kategori pop rock dan balada yang masing-masing mempertaruhkan 12 pencalonan dan dijangka lima lagu dari setiap kategori diplih berentap ke AJL23.Mengulas perkara ini, Pengurus Besar Pengisian dan Pembangunan Industri PrimeWorks Studio Sdn Bhd, Azhar Borhan selaku ketua juri berkata, dia sendiri sedar senario ini semakin membimbangkan kerana jumlahnya semakin mengecil."Secara keseluruhan, saya agak kecewa dari segi kekurangan pencalonan lagu kategori etnik kreatif di peringkat awal tahun ini. Malah mutu lagu yang bertanding juga kurang menyerlah."Bagi saya, tiga lagu yang layak ke AJL kali ini berjaya menggabungkan persembahan menarik dan lagu yang mantap. Ia menunjukkan perbezaan ketara berbanding lagu lain yang kurang menyerlah."Dari segi penjurian, kami sudah membuat 70 peratus penilaian lagu sebelum persembahan lagi. Manakala baki 30 peratus lagi dinilai berdasarkan persembahan pada malam pertandingan," katanya.Selain Azhar, barisan juri yang menilai peringkat separuh akhir Muzik-Muzik kategori etnik kreatif terdiri daripada Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh; penulis lirik, Amran Omar, tiga komposer iaitu Yasin Sulaiman, Fauzi Marzuki dan Johan Nawawi.Menepati ramalan, penyanyi nombor satu tanah air, Mawi yang berpasangan dengan Heliza menjadi artis pertama melayakkan diri melangkah ke peringkat akhir AJL23 yang akan berlangsung awal tahun depan. Malah mereka juga menjadi artis pertama yang membuka tirai pertandingan dengan membawakan lagu Doa Dalam Lagu ciptaan komposer berpengalaman, Ajai dan lirik Allahyarham Loloq.Kata Mawi, dia datang untuk menyanyi dan membuat persembahan yang bagus kerana mengetahui AJL adalah pertandingan 'lagu' untuk pencipta dan penulis lirik. Sebagai artis pula, mereka berusaha melakukan yang terbaik dan jika dipilih sebagai persembahan terbaik, ia satu bonus."Saya akui ada orang meletakkan harapan dan memberitahu lagu ini akan layak ke AJL. Tetapi saya menganggap persembahan ini sebagai biasa saja. Kalau fikir bertanding, kita akan tertekan kerana 'memikul' cita-cita terlalu tinggi," katanya.
Pasangan duetnya, Heliza pula berkata, dia terkejut dan perasaannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila terpilih mara ke AJL kerana karier nyanyiannya masih di peringkat awal.
"Perasaan gementar di hati saya hanya Tuhan yang tahu. Ia pengalaman baru buat saya bersaing ke pertandingan besar seperti AJL. Mungkin ia rezeki buat pencipta lagu dan penulis lirik kerana karya mereka ini memang kuat," katanya.Farawahida yang turut menempah tempat ke AJL menerusi lagu Persoalan Cinta, ciptaan Julfekar serta lirik oleh Ku Seman dan Izza Rosley pula menyifatkan, kemenangannya melayakkan diri ke AJL membuktikan lagu etnik kreatif yang dibawakannya juga mempunyai peminat walaupun dinyanyikan secara biasa seperti berkonsepkan balada."Saya bersyukur sangat kerana ini kali kedua saya layak ke AJL dan kali pertama menerusi kategori etnik kreatif. Sebelum ini saya sering muncul dengan album pop komersial tetapi tidak menyangka eksperimen saya kali ini yang menyelitkan unsur oriental seperti alat muzik erhu dari China diterima ramai," katanya.Turut mengiringi dua lagu berkenaan ialah lagu Dusta Berkalang yang disampaikan Aiman. Kemaraan penyanyi yang membawakan lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya itu mengejutkan ramai pihak kerana bekas finalis Akademi Nasyid TV9 itu belum mempunyai sebarang album.Kata Aiman, dia terkejut dengan keputusan juri memilihnya dan menyifatkannya sebagai rezeki serta pembakar semangat untuk muncul dengan album baru berkonsepkan pop yang dijangka siap awal Januari tahun depan."Saya baru tiga bulan keluar dari Akademi Nasyid dan tidak menyangka dapat masuk ke peringkat separuh akhir, apatah bercita-cita untuk bersaing ke AJL, lagi saya terkejut. Saya bersyukur sangat dengan keputusan ini dan hanya bertekad melakukan yang terbaik serta tidak 'berkira' sangat untuk mara ke peringkat seterusnya," katanya.Lagu lain turut bertanding pada peringkat separuh akhir dalam kategori sama ialah lagu Lambaian (Sang Dewi/Ahmad Fedtri Yahya) nyanyian Fazli Zainal serta lagu Songo (Edrie Hashim/Ahmad Farid) disampaikan oleh Mok yang menggantikan penyanyi asal, Amy Search.Tidak ketinggalan lagu Panas (Cat Farish/Adeeb) dendangan Ifa Raziah, Pujangga Merindu (Radeen Sri/Hairul Anuar Harun) nyanyian Syura, Jarak Rindu (M Nasir/Seth) disampaikan Azfar, Puteri Tarian Kasih (Adnan Abu Hassan/ Faris) dendangan Anis Aneesa dan Mengharap Sinar (Dior/Khairafik) yang dinyanyikan sendiri oleh Dior.Antara persembahan yang menarik perhatian malam itu ialah muka baru, Dior yang muncul dengan kreativiti tersendiri menggabungkan tarian moden dan tradisional dengan rancak serta Ifa Raziah dan Anis Aneesa yang menari dengan lincah sambil ditemani penari iringan.Selain itu, separuh akhir Muzik-Muzik kategori etnik kreatif Jumaat lalu turut diserikan dengan persembahan juara AJL22 kategori berkenaan, Nora menyampaikan lagu Samudera dan artis undangan kumpulan Ghazala menyanyikan lagu Relaku Pujuk secara ghazal. Rancangan yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam itu dihoskan Cheryl Samad dan Faizal Ismail.

Sunday, November 23, 2008

"PANAS" KE SEMI FINAL JUARA LAGU


ANTARA PENYANYI, PENULIS LIRIK DAN KOMPOSER YG MARA KE SEMI FINAL.




Apa yang panas tu? cerita panas?. Sebenarnya kisah mengenai single terbaru Ifa yang layak ke Semi Final Juara Lagu kategori Etnik Kreatif. Alhamdulillah, syukur kerana lagu ini berjaya juga tersenarai ke Semi Final. Teringat kisah 10 tahun lepas bila mana lagu dari album sulung Ifa iaitu "SER...SER...SER" juga tersenarai dalam kategori yang sama tetapi pada masa tersebut disebut Irama Malaysia. Samada "PANAS" berjaya masuk ke Final atau tidak, Ifa optimis dan berserah pada takdir dan penilaian para juri.


MAJLIS HARI LAHIR ROSLAN SHAH

Baru-baru ini Ifa bersama teman-teman artis yang lain meraikan Majlis Hari Lahir Roslan Shah.
Majlis tersebut diadakan di cerana Restoran, Cheras. Ramai juga artis-artis yang datang, antaranya, Datuk Jalaluddin, Fouzaih Gous, Ikram, Julie Dahlan, Rohana Jalil, Sahri AF1, dan ramai lagi teman artis yang tidak dapat di sebutkan. Manakala Haiza dan jaafar Onn bertindak selaku Pengacara . Pada malam itu, Ifa sempat berduet dengan Roslan Shah dengan membawakan lagu "MEMORI DAUN PISANG".

di kesempatan itu kami sesama artis sempat bertukar-tukar info dan khabar, maklumlah...jadual kerja dan lokasi yang berbeza membuatkan kami sukar untuk bertemu. Walaupun ramai yang menyangka artis selalu bergigit sesama sendiri, tetapi sebenarnya kami saling sokong menyokong karier masing-masing. Sesekali pergi ke majlis sebegini, bukan hanya membuktikan menyokong majlis rakan-rakan, tetapi juga dapat mengeratkan silatulrahim sesama kami.
MEMBERIKAN POSE SEMASA PEMINAT NAK MENGAMBIL GAMBAR MALAM ITU.
SEMPAT BERGAMBAR BERSAMA PEMINAT YANG JUGA DATANG KE CERANA.

SEMASA MAJLIS MENIUP DAN MEMOTONG KEK.



PETIKAN DARI AKHBAR KOSMO



HIBURAN
Melodi hilang kredibiliti?
Oleh FAIZAL SAHARUNImfaizal@kosmo.com.my
NORYN

PROGRAM yang menghidangkan perihal dunia seni dalam negara, Melodi baru-baru ini menerima pukulan hebat yang boleh menjejas kredibiliti yang dibina sejak sekian lama.
Semua ini berpunca dalam satu insiden menunjukkan wartawan Melodi yang dikatakan cuba memanipulasi cerita sebenar di sebalik majlis persandingan pelakon Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari, hujung minggu lalu.
Kesilapan ini telah mencetus perasaan tidak puas hati sesetengah pihak yang terlibat bukan saja kepada pengantin baru, Ashraf Sincalir dan Bunga Citra Lestari malah wartawan hiburan lainnya yang menerima tempias dek 'kesilapan' dilakukan rancangan berkenaan.
Tidak hairan hampir seluruh akhbar terkemuka dalam negara membidas Melodi kerana dianggap menghidangkan fakta yang kurang tepat mengenai insiden berkenaan.
Ini menyebabkan pengurusan Ashraf, Beyond DDB bangkit mempertahankan maruah mereka yang dikatakan tercemar ekoran pendedahan berkenaan.
Sebenarnya isu Melodi tersalah fakta seperti ini tidak seharusnya berlaku apatah lagi jika kita melihat kepada kematangan rancangan yang disukai ramai itu.
Melewati usia lebih satu dekad, Melodi tidak lagi memerlukan berita-berita sensasi yang 'murahan' jika niatnya sekadar untuk menaikkan rating penonton.
Kosmo! berkongsi pendapat dengan beberapa artis tanah air yang pernah mengalami perkara sama bagi mendapat ulasan tentang pengalaman buruk yang pernah dilalui selain Ashraf dan Bunga sendiri.
Bukannya mahu memperbesarkan isu ini, sebaliknya perkara yang dianggap tidak patut hadir, lalu meracuni bidang seni ini harus dicegah terlebih dahulu sebelum menjadi lebih parah dan merosakkan nama keseluruhan wartawan hiburan tanah air khususnya.

Bagi penyanyi dangdut Ifa Raziah pula, dia pernah mengalami saat 'dimanipulasi' kira-kira "Harap mereka dapat mengambil iktibar dengan perkara yang berlaku bagi meraih semula dua atau tiga kali dengan Melodi.
"Bukan saya hendak bercakap perkara buruk-buruk tentang Melodi, sebaliknya itu hakikat sebenar yang terjadi kepada saya. Saya pernah diwawancara wartawan Melodi berhubung kes saya bergaduh dengan seorang artis. Memang saya akui ada berikan kenyataan tetapi setelah disunting, apa yang saya ucapkan semasa ditemu bual itu menjadi perkara sebaliknya.
"Sudah pastilah bila penonton lihat visual yang dipaparkan itu, saya nampak teruk di mata umum sedangkan banyak kenyataan positif yang saya berikan sebelum-sebelumnya.
IFA RAZIAH

"Saya jangkakan visual yang keluar lain, namun ia menjadi isu yang tidak sepatutnya hingga saya benar-benar keliru," akui Ifa yang sedang menjalani penggambaran Spa Q musim kedua.
Begitu, wanita berhati waja ini tetap berpendirian bahawa Melodi tetap membantu mempromosi namanya di lapangan seni.
"Selama berbelas-belas tahun melibatkan diri dalam bidang glamor ini, Melodi banyak berjasa kepada saya meskipun adakalanya juga mengaibkan saya dengan cerita tertentu. Benda ini ibarat diluah mati bapa, ditelan mati emak. Saya tidak mahu memperbesar isu ini. Semua yang dilakukan Melodi atau media lain tidak sesekali mengguris hati saya walaupun cerita yang disiarkan itu tiada kebenarannya," akui Ifa bersikap optimis sepanjang masa.
Sementara itu, penyanyi Noryn Aziz yang juga pernah menerima tempias soalan provokatif Melodi hanya mengambil pendekatan memberikan ulasan secara tenang, tanpa perlu melatah.
"Kadang-kadang, perkara yang ingin ditanya biasa-biasa saja, namun ia boleh menjadi isu besar lebih-lebih lagi apabila diaju soalan dalam nada yang berlainan.
"Macam saya sendiri yang pernah lalui pengalaman ditanya soalan personal melibatkan pengkid, bercinta dengan insan yang tidak dikenali dan masalah undangan nyanyian sebelum ini."Awal-awal lagi saya tahu Melodi merupakan program yang menyiarkan benda panas dan kontroversi, ditambah dengan soalan provokasi menjadikan sesetengah isu jadi hangat


"Bukan menjadi masalah terlalu besar dalam soal ini, sebaliknya saya kurang gemar apabila isu yang tidak benar seolah-olah dijadikan benar secara realitinya," akui Noryn.
Lantaran itu, harapan Noryn kepada Melodi adalah dengan menghasilkan cerita yang seimbang sekali gus mengangkat perkembangan bidang seni tanah air tanpa menonjol gosip keterlaluan semata-mata.
Semoga dengan insiden terbaru minggu lalu memberi manafaat kepada semua pihak agar tidak terus bersikap menangguk di air yang keruh. Nilai profesionalisme dalam dunia kewartawanan perlu terus dijunjung sekalipun dalam keadaan media mahu menjadi 'jaguh' dalam menggerakkan isu-isu sensasi.

Tuesday, November 11, 2008

ANUGERAH SKRIN

Memang meriah Majlis Anugerah Skrin baru-baru ini. Ifa walaupun tidak tercalon untuk tahun ni, tetap memberi sokongan pada rakan artis yang lain, tambahan pula Ifa mendapat jemputan Khas. Tahniah pada yang menang, mereka juga rakan-rakan seperjuangan Ifa dalam bidang seni. Ramai juga yang bertanya mengapa Ifa tidak tercalon sedangkan Ifa banyak terlibat dalam banyak projek Drama TV tahun ini. Pada Ifa, mungkin rezeki belum sampai lagi...tapi sebenarnya matlamat utama ifa bukanlah untuk mendapat anugerah. Selain bekerja dan berlakon untuk menambah pendapatan sampingan selain dari menyanyi, Ifa juga minat dalam bidang lakonan ini. Bila kita ikhlas, kerja kita akan lebih nampak natural dan satu masa orang akan nampak juga usaha kita.

Ifa baru sahaja habis shooting drama 40 Episod yang bertajuk "RAHSIA HATI" yang turut dilakonkan Oleh Aaron Aziz dan Rita Rudaini. Drama bersiri ini diterbitkan oleh Suhan Movie dan akan disiarkan di Astro. Jangan lupa saksikan nanti lakonan Ifa ya.
Tidak lama lagi Ifa akan turun ke lokasi yang lain pula untuk shooting drama bersiri yang popular sebelum ini. SPA Q II akan memulakan pengembarannya tidak lama lagi dan anda akan meyaksikan perkembangan watak Ifa dalam drama yang akan disiarkan di TV3 itu kelak.

Tuesday, September 16, 2008

RAKAMAN MELODI RAYA

Pada para peminat rancangan MELODI, jangan lupa menyaksikan MELODI RAYA yang akan keudara pada Hari raya nanti. Rakaman Melodi Raya ini telah dibuat pada 11/09/08 di Sunway Lagoon. Memang sungguh meriah dan yang penting, saksikan bagaimana Ifa bertemu dengan Azwan Ali. Apa cerita selanjutnya? kenalah simpan dulu, biar ianya menjadi eksklusif pada Raya nanti.