Friday, March 20, 2009

Zoom In With Ifa Raziah & The Gang

Assalamualaikum deknon deknon sumer.....
Apa kabar? Akak harap sumer sihat dan meletop hendaknya. Akak disini macam biasa aje, always vling bling like diamond u all....
Anyway, akak nak beritahu kat korang sumer, yang akak akan ada didlm rancangan Zoom In pada 25 March 2009 di Auditorium Perdana, Angkasapuri RTM ini. Ia adalah rancangan live recording, deknon ya dan masuk adalah percuma, gratis!!!!
Antara artis yang terlibat adalah Iwan Dangdut, Dato Ahmad Jais, Ramlah Ram dan lain2nya........
Sila datang la ya........Pas masuk boleh didapatkan pada Kaunter Pengawal di RTM, ya....
Show start at 8pm, so korang tak reti2 nak datang awal...hehheheheh!!

Wednesday, March 4, 2009

HITS 1 28. MARCH DI KUANTAN

Apa khabar semua, semoga sihat dan ceria selalu. Amboi...akak tak sangka, ramai juga peminat akak yang sms/vote lagu PANAS hingga layak ke Final HITS 1. Terima kasihlah banyak-banyak ya, terutamanya Deknon-deknon akak yang tersayang, sehinggakan pernah beberapa kali PANAS menjadi Juara mingguan...akak sayang peminat yang gigih vote lagu akak tu. Akak sejak kebelakangan ini terlalu busy, sehinggakan macam tak cukup nafas terkejar ke sana sini. Lepas dari Jom Heboh di Melaka, kini Ifa sibuk berlatih untuk persediaan Lagu PANAS yang telah layak ke final HITS 1. Baru saja tadi Ifa menghadiri sidang akhbar Hits 1. Jangan lupa pertemuan kita di final HITS 1 yang akan diadakan di Kuantan Pahang pada 28.March ini. Pada sesiapa yang berdekatan, terutamanya orang-orang Pantai Timur ( Pahang, Trengganu dan Kelantan ), datanglah beramai-ramai menyemarakkan pertandingan yang Hangat dan Panas itu nanti. Pada yang tidak dapat datang, jangan hampa ya, RTM akan menyiarkan Final HITS 1 melalui RTM 2.
HITS 1 kali ini begitu unik sekali. Apa tak uniknya...majoriti lagu-lagu yang ke final adalah lagu dari kumpulan. Hanya satu saja lagu solo lelaki dan satu lagu solo wanita iaitu lagu PANAS. Dan yang pasti, hanya akak jer bunga yang bertanding pada malam itu. Antara lagu yang layak ke final adalah :-
* PANAS - IFA RAZIAH
* TIADA MAAF - DANIEL MALAYSIA IDOL 2
* PUTRI CINTA HATI - KUMPULAN KRISTAL
* BILA AKU SUDAH TIADA - KUMPULAN HUJAN
* CINTA SIRAMA-RAMA - DUO HATTAN & EDRIE HASHIM
* LAGU UNTUKMU - KUMPULAN MEET UNCLE HUSSAIN
* NYATA DAN MAYA - KUMPULAN SEARCH
* TANPA - KUMPULAN 6IXTH SENSE
* MARABAHAYA - KUMPULAN POP SHUVIT

Akak sangat berharap sangat sokongan padu dari peminat tersayang semua. Harapan akak, agar peminat semua akan meneruskan semangat untuk vote lagu PANAS. Cara untuk mengundi mudah sahaja, sila taip HITS 1 <> PANAS dan hantar ke 32776

Sunday, February 22, 2009

ACARA DI LANAI SENI

Apa khabar semua peminat akak yang tersayang? semoga makin sihat dan mantap ya. Mesti ramai yang hairan mengapa lain macam pula tulisan akak kali ini. Bukan apa, sebenarnya Kak Ifa tak nak peminat rasa terikat dengan ayat-ayat formal seperti tulisan akak sebelum ini. Nak tau, ini lah akak yang sebenarnya, baru semua rasa selesa dan tak segan dengan akak. Dah agak lama akak tak update Blog ni, bukan apa...akak busy dgn show dan shooting drama. Mesti ramai yang tengok drama SPA Q...kan? jangan lupa teruskan sokongan pada drama-drama lakonan akak seterusnya yang menanti siaran antaranya drama lakonan akak bersama aaron aziz dan Rita Rudani yang pernah akak tulis dalam entri sebelum ini. Ok lah, akak baru-baru ini terlibat dengan show di lana Seni ( berdekatan dengan panggung Colisium tu ). Show ini anjuran KEKKWA. Memang meriah habis show malam sabtu tu. Apa tidaknya, show tersebut di jayakan oleh Anis Aneesa, Aswad AF5 dan beberapa artis yang lain. Akak pula menjadi pengacara pada malam itu. Haruslah akak berceloteh dan mencuit hati penonton dengan spontan. Yang lebih gempaknya, semasa Anis tengah menyanyi lagu Dangdut, peminat iaitu Suzy Wong dan Ziana Zain celup siap naik ke pentas dan gelek sekali. Habis riuh rendah suasana malam tersebut. Penonto memang sporting, siap bertepuk dan bernyanyi sama. Akak tengok Suzy Wong dan Ziana Zain celup bukan main lagi menari, berangan macam show merekalah pula. Apapun, mereka ni sungguh lucu dan berbakat menari, terima kasih akak ucapkan kerana memeriahkan lagi suasana pada malam itu. Atas permintaan ramai, akak turut menghiburkan penonton pada malam itu. Lagu apa yang akak nyanyi? haruslah lagu akak yang tengah panas dan meletup letup iaitu PANAS.
Kak Ifa sempat menebual kumpulan baru sebelum mereka memulakan persembahan

BERSAMA ASWAD AF5 DAN ANIS ANEESA DI BELAKANG PENTAS



POSE DARI IFA UNTUK PEMINAT TERSAYANG SEMUA









Wednesday, February 4, 2009

TABUNG GAZA NSTP

Memang meriah sambutan Tabung Gaza NSTP pada hari sabtu lepas. Ramai sungguh yang datang, samada para artis atau peminat, semuanya datang dengan satu tujuan iaitu untuk berhibur dan menderma. Ifa merasa bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberikan kesihatan dan kudrat pada hari tersebut untuk turut sama mengisi tabung Gaza demi membantu umat islam yang sangat sengasara di sana. Bayangkanlah kita yang sihat walalfiat di bumi bertuah Malaysia ini, sedangkan di bumi Gaza sana, kaum seagama dengan kita sengsara, kekurangan makanan dan memerlukan ubat-ubatan demi kelangsungan hidup. Ifa sempat menjual produk kecantikan SERIFAH yang mana sebahagian dari jualan tersebut disalurkan untuk tabung ini. Selain itu Ifa juga melelong koleksi peribadi Ifa dan juga mengenakan bayaran hanya RM1 untuk peminat yang ingin mengambil gambar kenangan bersama Ifa. Kesemua hasil kutipan tersebut Ifa dermakan sepenuhnya untuk Tabung Gaza NSTP.
BEREBUT-REBUT PEMINAT KECIL DAN DEWASA UNTUK BERGAMBAR
PEMINAT BERTANYA TENTANG PRODUK SERIFAH

SEMPAT MENJUAL BEG DEMI TABUNG GAZA

PEMINAT YANG DATANG DARI JAUH GEMBIRA DAPAT BERSUA DENGAN IFA

WALAUPUN LETIH,TAPI GEMBIRA MELAYAN PEMINAT

PEMINAT TIDAK PUTUS-PUTUS BERKUNJUNG KE BOOTH IFA, FAIZAL PUN TURUT TURUN PADANG MEMBANTU DI BOOTH IFA

PEMINAT TERUJA DENGAN BARANGAN YANG ADA DI BOOTH IFA

SEDANG SIBUK MENJAWAB PERTANYAAN PENGUNJUNG YANG DATANG

KELLY PUN SIBUK MEMBANTU IFA












Monday, January 26, 2009

LAGU 'PANAS' KE FINAL HITS 1


Alhamdulillah, berkat usaha keras Ifa dan berkat sokongan padu para peminat semua, lagu 'PANAS' menjadi Juara pada minggu ke 10, sekaligus menjadikan lagu tersebut layak ke Final HITS 1 yang akan berlangsung pada 28hb.March nanti. Selain bersyukur ke hadrat Illahi, Ifa juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang mengundi lagu 'PANAS'. Untuk tidak menghampakan semua, Ifa akan menampilkan persembahan yang istimewa untuk para peminat semua. Pada yang berada jauh di luar Kuala Lumpur jangan merasa hampa, kerana anda boleh menyaksikan HITS 1 yang akan bersiaran secara langsung menerusi TV2.



********************************************************************




Semalam pula,Ifa baru sahaja selesai rakaman rancangan EWAH EWAH terbitan TV3. Menerusi rancangan yang semakin popular itu, Ifa mendendangkan dua buah lagu dan salah satu lagu tersebuat adalah 'PANAS'. Rancangan yang dihostkan oleh Nabil Raja Lawak dan Raja Azura dan menampilkan persembahan Ifa itu akan disiarkan pada bulan Febuari,nantikannya ya.

Saturday, January 3, 2009

WANITA HARI INI EDISI ISTIMEWA

Khamis lepas, sempena pembukaan tahun baru 01.01.2009, WANITA HARI INI telah bersiaran secara langsung dari Putrajaya. Kiranya kali ini seperti edisi khas atau Bumper Issue untuk WHI. Yang istimewanya bukan hanya tarikh tersebut jatuh pada 01.01.2009, malah program yang popular ini telah menampilkan buat julung-julung kalinya 9 orang personaliti TV, selain memperkenalkan penyampai baru untuk WHI. Ifa sangat gembira kerana terlibat dalam program popular ini dan bersiaran di dalam Cruise. Program kali ini menampilkan tiga set yang berbeza selain membawakan tema Pasangan Romantis yang menapilkan Sharifa Zarina dan suami, Dayngku Intan dan suami, Nieyl dan suami juga pasangan yang baru-baru ini dinobatkan sebagai juara SEHATI BERDANSA. Selepas pengembaraan program WHI secara langsung, kami sempat dibawa menaiki Cruise mengelilingi tasik Putrajaya.
Mencuba mengemudikan kapal

Antara barisan penyampai yang menjayakan rancanga WHI
Pemandangan Cruise dari luar


semasa di deck kapal

Cantikkan...setting meja makan cruise ini
Semasa dimake-up sebelum pengembaran bermula











SALAM TAHUN BARU 2009

Assalamualaikum, dan salam sayang dari Ifa buat para peminat tersayang. Ini adalah kali pertama kita bertemu di sini untuk tahun 2009 ini. Bagaimana dengan azam baru anda semua?. Bagi Ifa, azam tahun baru masih sama seperti tahun lepas iaitu untuk memantapkan kerjaya dan juga untuk meluaskan perniagaan yang Ifa ceburi, tetapi yang lebih penting Ifa ingin memberi tumpuan yang lebih pada keluarga tercinta. Terima kasih atas sokongan keluarga dan juga sokongan peminat Ifa yang tersayang. Ifa mengharapkan sokongan yang berterusan dari peminat semua untuk Ifa meneruskan perjuangan sebagai anak seni. Sempena kedatangan tahun baru 2009 ini, marilah kita menggiatkan usaha dalam bidang yang kita ceburi dan pada peminat Ifa yang berkerja pula, Ifa doakan agar maju dalam bidang kerjaya masing-masing. Apa yang lebih penting, selain berdoa, kita haruslah fokus kepada kerjaya yang kita ceburi. Salam sayang buat semua, semoga kita berjumpa di artikel yang lain.