Wednesday, March 4, 2009

HITS 1 28. MARCH DI KUANTAN

Apa khabar semua, semoga sihat dan ceria selalu. Amboi...akak tak sangka, ramai juga peminat akak yang sms/vote lagu PANAS hingga layak ke Final HITS 1. Terima kasihlah banyak-banyak ya, terutamanya Deknon-deknon akak yang tersayang, sehinggakan pernah beberapa kali PANAS menjadi Juara mingguan...akak sayang peminat yang gigih vote lagu akak tu. Akak sejak kebelakangan ini terlalu busy, sehinggakan macam tak cukup nafas terkejar ke sana sini. Lepas dari Jom Heboh di Melaka, kini Ifa sibuk berlatih untuk persediaan Lagu PANAS yang telah layak ke final HITS 1. Baru saja tadi Ifa menghadiri sidang akhbar Hits 1. Jangan lupa pertemuan kita di final HITS 1 yang akan diadakan di Kuantan Pahang pada 28.March ini. Pada sesiapa yang berdekatan, terutamanya orang-orang Pantai Timur ( Pahang, Trengganu dan Kelantan ), datanglah beramai-ramai menyemarakkan pertandingan yang Hangat dan Panas itu nanti. Pada yang tidak dapat datang, jangan hampa ya, RTM akan menyiarkan Final HITS 1 melalui RTM 2.
HITS 1 kali ini begitu unik sekali. Apa tak uniknya...majoriti lagu-lagu yang ke final adalah lagu dari kumpulan. Hanya satu saja lagu solo lelaki dan satu lagu solo wanita iaitu lagu PANAS. Dan yang pasti, hanya akak jer bunga yang bertanding pada malam itu. Antara lagu yang layak ke final adalah :-
* PANAS - IFA RAZIAH
* TIADA MAAF - DANIEL MALAYSIA IDOL 2
* PUTRI CINTA HATI - KUMPULAN KRISTAL
* BILA AKU SUDAH TIADA - KUMPULAN HUJAN
* CINTA SIRAMA-RAMA - DUO HATTAN & EDRIE HASHIM
* LAGU UNTUKMU - KUMPULAN MEET UNCLE HUSSAIN
* NYATA DAN MAYA - KUMPULAN SEARCH
* TANPA - KUMPULAN 6IXTH SENSE
* MARABAHAYA - KUMPULAN POP SHUVIT

Akak sangat berharap sangat sokongan padu dari peminat tersayang semua. Harapan akak, agar peminat semua akan meneruskan semangat untuk vote lagu PANAS. Cara untuk mengundi mudah sahaja, sila taip HITS 1 <> PANAS dan hantar ke 32776

4 comments:

Anonymous said...

Goodluck to Kak Ifa, semoga buat persembahan yg meletup.- RIZAL

LIZA WORLD said...

BETUL TU, SEMOGA BUATPERSEMBAHAN YG BEST THE BEST, KALAU MENANG PUAS HATI TAPI KALAU KALAH...KALAH BERMARUAH.GOOD LUCK & ALL THE BEST

P/S:KALAU MENANG, BUAT LAH JAMUAN SIKIT DAN INVITE KAMI YG VOTE K

IFA RAZIAH LINE said...

To Anon,
Thank you very much! Akak janji, persembahan akak pada mlm itu pasti akan meletup punya!!
To Liza,
Insyaallah, akak janji kalau akak menang, nanti kita buat makan2 ya!!

p/s: Jangan lupa sokong akak pada 25 March ni ya.....Zoom In kat RTM, ramai artis pada mlm tu nanti

MY HEART & MY SOUL said...

tahniah kak Ifa kerana layak ke final hits 1 tu, bukan senang nak ke final, ramai juga ya peminat kak ifa ni, padahal ramai yg tercalon tapi x sampai ke final. GOODLUCK UTK MLM FINAL TU YA, SAYA TENGOK KAT tV JER LA...X DAPAT NAK KE pAHANG