Sunday, November 23, 2008

MAJLIS HARI LAHIR ROSLAN SHAH

Baru-baru ini Ifa bersama teman-teman artis yang lain meraikan Majlis Hari Lahir Roslan Shah.
Majlis tersebut diadakan di cerana Restoran, Cheras. Ramai juga artis-artis yang datang, antaranya, Datuk Jalaluddin, Fouzaih Gous, Ikram, Julie Dahlan, Rohana Jalil, Sahri AF1, dan ramai lagi teman artis yang tidak dapat di sebutkan. Manakala Haiza dan jaafar Onn bertindak selaku Pengacara . Pada malam itu, Ifa sempat berduet dengan Roslan Shah dengan membawakan lagu "MEMORI DAUN PISANG".

di kesempatan itu kami sesama artis sempat bertukar-tukar info dan khabar, maklumlah...jadual kerja dan lokasi yang berbeza membuatkan kami sukar untuk bertemu. Walaupun ramai yang menyangka artis selalu bergigit sesama sendiri, tetapi sebenarnya kami saling sokong menyokong karier masing-masing. Sesekali pergi ke majlis sebegini, bukan hanya membuktikan menyokong majlis rakan-rakan, tetapi juga dapat mengeratkan silatulrahim sesama kami.
MEMBERIKAN POSE SEMASA PEMINAT NAK MENGAMBIL GAMBAR MALAM ITU.
SEMPAT BERGAMBAR BERSAMA PEMINAT YANG JUGA DATANG KE CERANA.

SEMASA MAJLIS MENIUP DAN MEMOTONG KEK.



2 comments:

LIZA WORLD said...

Apa rahsia kecantikan Kak Ifa? suka tengok kulit kak Ifa, bersih dan halus

MY HEART & MY SOUL said...

Bagus juga ya, sokong kawan2 nanti bila masa susah, dapat juga kawan ingat kebaikan kita.