Monday, December 1, 2008

BELUM REZEKI & IFA DAH BUAT YG TERBAIK

Tak fikir bertanding elak tertekanOleh Mohd Nasif Badruddinmnasif@hmetro.com.my
Rap
KEKURANGAN penyertaan lagu kategori etnik kreatif dalam Muzik-Muzik menjadi sebab kenapa hanya 10 lagu dipilih bertanding di peringkat separuh akhir dan seterusnya hanya tiga lagu layak bersaing ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23).
Situasi ini amat berbeza berbanding kategori pop rock dan balada yang masing-masing mempertaruhkan 12 pencalonan dan dijangka lima lagu dari setiap kategori diplih berentap ke AJL23.Mengulas perkara ini, Pengurus Besar Pengisian dan Pembangunan Industri PrimeWorks Studio Sdn Bhd, Azhar Borhan selaku ketua juri berkata, dia sendiri sedar senario ini semakin membimbangkan kerana jumlahnya semakin mengecil."Secara keseluruhan, saya agak kecewa dari segi kekurangan pencalonan lagu kategori etnik kreatif di peringkat awal tahun ini. Malah mutu lagu yang bertanding juga kurang menyerlah."Bagi saya, tiga lagu yang layak ke AJL kali ini berjaya menggabungkan persembahan menarik dan lagu yang mantap. Ia menunjukkan perbezaan ketara berbanding lagu lain yang kurang menyerlah."Dari segi penjurian, kami sudah membuat 70 peratus penilaian lagu sebelum persembahan lagi. Manakala baki 30 peratus lagi dinilai berdasarkan persembahan pada malam pertandingan," katanya.Selain Azhar, barisan juri yang menilai peringkat separuh akhir Muzik-Muzik kategori etnik kreatif terdiri daripada Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh; penulis lirik, Amran Omar, tiga komposer iaitu Yasin Sulaiman, Fauzi Marzuki dan Johan Nawawi.Menepati ramalan, penyanyi nombor satu tanah air, Mawi yang berpasangan dengan Heliza menjadi artis pertama melayakkan diri melangkah ke peringkat akhir AJL23 yang akan berlangsung awal tahun depan. Malah mereka juga menjadi artis pertama yang membuka tirai pertandingan dengan membawakan lagu Doa Dalam Lagu ciptaan komposer berpengalaman, Ajai dan lirik Allahyarham Loloq.Kata Mawi, dia datang untuk menyanyi dan membuat persembahan yang bagus kerana mengetahui AJL adalah pertandingan 'lagu' untuk pencipta dan penulis lirik. Sebagai artis pula, mereka berusaha melakukan yang terbaik dan jika dipilih sebagai persembahan terbaik, ia satu bonus."Saya akui ada orang meletakkan harapan dan memberitahu lagu ini akan layak ke AJL. Tetapi saya menganggap persembahan ini sebagai biasa saja. Kalau fikir bertanding, kita akan tertekan kerana 'memikul' cita-cita terlalu tinggi," katanya.
Pasangan duetnya, Heliza pula berkata, dia terkejut dan perasaannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila terpilih mara ke AJL kerana karier nyanyiannya masih di peringkat awal.
"Perasaan gementar di hati saya hanya Tuhan yang tahu. Ia pengalaman baru buat saya bersaing ke pertandingan besar seperti AJL. Mungkin ia rezeki buat pencipta lagu dan penulis lirik kerana karya mereka ini memang kuat," katanya.Farawahida yang turut menempah tempat ke AJL menerusi lagu Persoalan Cinta, ciptaan Julfekar serta lirik oleh Ku Seman dan Izza Rosley pula menyifatkan, kemenangannya melayakkan diri ke AJL membuktikan lagu etnik kreatif yang dibawakannya juga mempunyai peminat walaupun dinyanyikan secara biasa seperti berkonsepkan balada."Saya bersyukur sangat kerana ini kali kedua saya layak ke AJL dan kali pertama menerusi kategori etnik kreatif. Sebelum ini saya sering muncul dengan album pop komersial tetapi tidak menyangka eksperimen saya kali ini yang menyelitkan unsur oriental seperti alat muzik erhu dari China diterima ramai," katanya.Turut mengiringi dua lagu berkenaan ialah lagu Dusta Berkalang yang disampaikan Aiman. Kemaraan penyanyi yang membawakan lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya itu mengejutkan ramai pihak kerana bekas finalis Akademi Nasyid TV9 itu belum mempunyai sebarang album.Kata Aiman, dia terkejut dengan keputusan juri memilihnya dan menyifatkannya sebagai rezeki serta pembakar semangat untuk muncul dengan album baru berkonsepkan pop yang dijangka siap awal Januari tahun depan."Saya baru tiga bulan keluar dari Akademi Nasyid dan tidak menyangka dapat masuk ke peringkat separuh akhir, apatah bercita-cita untuk bersaing ke AJL, lagi saya terkejut. Saya bersyukur sangat dengan keputusan ini dan hanya bertekad melakukan yang terbaik serta tidak 'berkira' sangat untuk mara ke peringkat seterusnya," katanya.Lagu lain turut bertanding pada peringkat separuh akhir dalam kategori sama ialah lagu Lambaian (Sang Dewi/Ahmad Fedtri Yahya) nyanyian Fazli Zainal serta lagu Songo (Edrie Hashim/Ahmad Farid) disampaikan oleh Mok yang menggantikan penyanyi asal, Amy Search.Tidak ketinggalan lagu Panas (Cat Farish/Adeeb) dendangan Ifa Raziah, Pujangga Merindu (Radeen Sri/Hairul Anuar Harun) nyanyian Syura, Jarak Rindu (M Nasir/Seth) disampaikan Azfar, Puteri Tarian Kasih (Adnan Abu Hassan/ Faris) dendangan Anis Aneesa dan Mengharap Sinar (Dior/Khairafik) yang dinyanyikan sendiri oleh Dior.Antara persembahan yang menarik perhatian malam itu ialah muka baru, Dior yang muncul dengan kreativiti tersendiri menggabungkan tarian moden dan tradisional dengan rancak serta Ifa Raziah dan Anis Aneesa yang menari dengan lincah sambil ditemani penari iringan.Selain itu, separuh akhir Muzik-Muzik kategori etnik kreatif Jumaat lalu turut diserikan dengan persembahan juara AJL22 kategori berkenaan, Nora menyampaikan lagu Samudera dan artis undangan kumpulan Ghazala menyanyikan lagu Relaku Pujuk secara ghazal. Rancangan yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam itu dihoskan Cheryl Samad dan Faizal Ismail.

2 comments:

Sis Lin said...

semuga kak IFA berjaya ke Final AJL tu ye..mmg sedap dan layak pe lagu tu dpt masuk AJL...gd luck!!

IFA RAZIAH LINE said...

Terima kasih Lin ya, Lagu PANAS kak Ifa X dapat ke Final, belum rezeki lagi, tapi kak ifa dah buat yg terbaik dan termampu. Syukurlah, tidak ada silap masa menyanyi