Monday, January 26, 2009

LAGU 'PANAS' KE FINAL HITS 1


Alhamdulillah, berkat usaha keras Ifa dan berkat sokongan padu para peminat semua, lagu 'PANAS' menjadi Juara pada minggu ke 10, sekaligus menjadikan lagu tersebut layak ke Final HITS 1 yang akan berlangsung pada 28hb.March nanti. Selain bersyukur ke hadrat Illahi, Ifa juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang mengundi lagu 'PANAS'. Untuk tidak menghampakan semua, Ifa akan menampilkan persembahan yang istimewa untuk para peminat semua. Pada yang berada jauh di luar Kuala Lumpur jangan merasa hampa, kerana anda boleh menyaksikan HITS 1 yang akan bersiaran secara langsung menerusi TV2.



********************************************************************




Semalam pula,Ifa baru sahaja selesai rakaman rancangan EWAH EWAH terbitan TV3. Menerusi rancangan yang semakin popular itu, Ifa mendendangkan dua buah lagu dan salah satu lagu tersebuat adalah 'PANAS'. Rancangan yang dihostkan oleh Nabil Raja Lawak dan Raja Azura dan menampilkan persembahan Ifa itu akan disiarkan pada bulan Febuari,nantikannya ya.

3 comments:

MY HEART & MY SOUL said...

Tahniah Kak Ifa, menang atau kalah itu X penting lagi. Dah tersenarai ke Final ni pun dah cukup membuktikan sokongan peminat kak Ifa. All teh best ya

Anonymous said...

Tahniah Kak Ifa dan semoga sukses selalu walaupun nanti X menang, kerana dah tercalon ke final dah menunjukkan kekuatan sokongan kami sebagai peminat - YANA

LIZA WORLD said...

Wah, penyanyi kesayanganku berjaya masuk ke Final, X sia2 sms vote hari tu. All the best Kak Ifa