Saturday, January 3, 2009

SALAM TAHUN BARU 2009

Assalamualaikum, dan salam sayang dari Ifa buat para peminat tersayang. Ini adalah kali pertama kita bertemu di sini untuk tahun 2009 ini. Bagaimana dengan azam baru anda semua?. Bagi Ifa, azam tahun baru masih sama seperti tahun lepas iaitu untuk memantapkan kerjaya dan juga untuk meluaskan perniagaan yang Ifa ceburi, tetapi yang lebih penting Ifa ingin memberi tumpuan yang lebih pada keluarga tercinta. Terima kasih atas sokongan keluarga dan juga sokongan peminat Ifa yang tersayang. Ifa mengharapkan sokongan yang berterusan dari peminat semua untuk Ifa meneruskan perjuangan sebagai anak seni. Sempena kedatangan tahun baru 2009 ini, marilah kita menggiatkan usaha dalam bidang yang kita ceburi dan pada peminat Ifa yang berkerja pula, Ifa doakan agar maju dalam bidang kerjaya masing-masing. Apa yang lebih penting, selain berdoa, kita haruslah fokus kepada kerjaya yang kita ceburi. Salam sayang buat semua, semoga kita berjumpa di artikel yang lain.

6 comments:

Virgonz said...

huhuu... happy new year kak ifa.. semoga azam tahun ni menjadi kenyataan... hiks..

IFA RAZIAH LINE said...

Virgonz, Terima kasih, selamat tahun baru juga dari Kak Ifa. A[pa azam tahun ni? kak Ifa doakan agar apa jua yg anda impikan menjadi kenyataan, tapi jgn dudukdiam jer ya, kena berusaha.

Secret Writer said...

Selamat tahun baru Kak Ifa, semoga karier kak Ifa semakin maju dan keluarga Kak Ifa semakin bahagia.

LIZA WORLD said...

Happy New Year Kak Ifa, semoga tahun ni menjadi tahun cemerlang buat kak Ifa dan dapat award pelakon jahat wanita

MY HEART & MY SOUL said...

Rasanya belum terlambat saya ucapkan happy New Year pada Kak Ifa. Semoga tahun 2009 membawa satu lembaran kejayaan pada Kak Ifa dan semakin mantap dalam bidang nyanyian dan lakonan

Anonymous said...

Selamat tahun baru kak Ifa, semoga 2009 membawa sinar dan kerjaya kak Ifa semakin gemilang dan jgn lupa bersyukur setiap masa kehadrat Ilahi - LINA