Saturday, January 3, 2009

WANITA HARI INI EDISI ISTIMEWA

Khamis lepas, sempena pembukaan tahun baru 01.01.2009, WANITA HARI INI telah bersiaran secara langsung dari Putrajaya. Kiranya kali ini seperti edisi khas atau Bumper Issue untuk WHI. Yang istimewanya bukan hanya tarikh tersebut jatuh pada 01.01.2009, malah program yang popular ini telah menampilkan buat julung-julung kalinya 9 orang personaliti TV, selain memperkenalkan penyampai baru untuk WHI. Ifa sangat gembira kerana terlibat dalam program popular ini dan bersiaran di dalam Cruise. Program kali ini menampilkan tiga set yang berbeza selain membawakan tema Pasangan Romantis yang menapilkan Sharifa Zarina dan suami, Dayngku Intan dan suami, Nieyl dan suami juga pasangan yang baru-baru ini dinobatkan sebagai juara SEHATI BERDANSA. Selepas pengembaraan program WHI secara langsung, kami sempat dibawa menaiki Cruise mengelilingi tasik Putrajaya.
Mencuba mengemudikan kapal

Antara barisan penyampai yang menjayakan rancanga WHI
Pemandangan Cruise dari luar


semasa di deck kapal

Cantikkan...setting meja makan cruise ini
Semasa dimake-up sebelum pengembaran bermula











6 comments:

Secret Writer said...

Heh heh heh ...I was here also during that day. Amboi...besarnya pic kak Ifa kat Metro Ahad, mentang2 la dia Penyanyi, Pelakon dan Pengacara...yg lain semua pengacara jer

LIZA WORLD said...

Best la tengok kak Ifa kat Spa Q, lucu la pula, biasanya watak Kak Ifa kejam dan jahat

MY HEART & MY SOUL said...

Suka la tengok keletah Kak Ifa kat SPA Q. Semoga sukses selalu.

P/S: kalau Kak Ifa ada masa...lawat la Blog saya ya

Anonymous said...

Kak Ifa semakin jelita, bagaimana nak dapatkan barangan kecantikan wajah produk Kak Ifa tu? - LINA

Anonymous said...

apa dah jadi ngan produk serifa tu? senyap je skarang ibarat hidup segan mati tak mahu, hangat2 tahi ayam.Memang betul la kata orang produk artis ni tak boleh bertahan lama.. Kak Ifa buat la promosi skit, masuk dalam tv ke.. sekadar cadangan..

IFA RAZIAH LINE said...

Pada Lina & Anonymous, jika nak dapat kan produk kak Ifa...boleh la hubungi pejabat pengedar 03-42521808 atau hotline 0132804887. TQ sebab berminat dan bertanya