Wednesday, February 4, 2009

TABUNG GAZA NSTP

Memang meriah sambutan Tabung Gaza NSTP pada hari sabtu lepas. Ramai sungguh yang datang, samada para artis atau peminat, semuanya datang dengan satu tujuan iaitu untuk berhibur dan menderma. Ifa merasa bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberikan kesihatan dan kudrat pada hari tersebut untuk turut sama mengisi tabung Gaza demi membantu umat islam yang sangat sengasara di sana. Bayangkanlah kita yang sihat walalfiat di bumi bertuah Malaysia ini, sedangkan di bumi Gaza sana, kaum seagama dengan kita sengsara, kekurangan makanan dan memerlukan ubat-ubatan demi kelangsungan hidup. Ifa sempat menjual produk kecantikan SERIFAH yang mana sebahagian dari jualan tersebut disalurkan untuk tabung ini. Selain itu Ifa juga melelong koleksi peribadi Ifa dan juga mengenakan bayaran hanya RM1 untuk peminat yang ingin mengambil gambar kenangan bersama Ifa. Kesemua hasil kutipan tersebut Ifa dermakan sepenuhnya untuk Tabung Gaza NSTP.
BEREBUT-REBUT PEMINAT KECIL DAN DEWASA UNTUK BERGAMBAR
PEMINAT BERTANYA TENTANG PRODUK SERIFAH

SEMPAT MENJUAL BEG DEMI TABUNG GAZA

PEMINAT YANG DATANG DARI JAUH GEMBIRA DAPAT BERSUA DENGAN IFA

WALAUPUN LETIH,TAPI GEMBIRA MELAYAN PEMINAT

PEMINAT TIDAK PUTUS-PUTUS BERKUNJUNG KE BOOTH IFA, FAIZAL PUN TURUT TURUN PADANG MEMBANTU DI BOOTH IFA

PEMINAT TERUJA DENGAN BARANGAN YANG ADA DI BOOTH IFA

SEDANG SIBUK MENJAWAB PERTANYAAN PENGUNJUNG YANG DATANG

KELLY PUN SIBUK MEMBANTU IFA












3 comments:

LIZA WORLD said...

Alhamdulillah, Kak Ifa prihatin juga, semoga usaha Kak ifa tu diberkati Allah

Anonymous said...

Syabas Kak Ifa, semoga usaha dan niat murni membantu sesama insan diteruskan dan bukan hanya setakat ini, kelak org X kan cakap artis ni hanya tau kumpul wang dan harta saja - Hazri

Anonymous said...

Hai Kak Ifa, Tina minat sangat dengan lagu Panas tu. Tapi Tina nak tanya sikit, selain dari berlakon SPA Q, apa lagi drama terbaru kak Ifa?