Tuesday, November 11, 2008

ANUGERAH SKRIN

Memang meriah Majlis Anugerah Skrin baru-baru ini. Ifa walaupun tidak tercalon untuk tahun ni, tetap memberi sokongan pada rakan artis yang lain, tambahan pula Ifa mendapat jemputan Khas. Tahniah pada yang menang, mereka juga rakan-rakan seperjuangan Ifa dalam bidang seni. Ramai juga yang bertanya mengapa Ifa tidak tercalon sedangkan Ifa banyak terlibat dalam banyak projek Drama TV tahun ini. Pada Ifa, mungkin rezeki belum sampai lagi...tapi sebenarnya matlamat utama ifa bukanlah untuk mendapat anugerah. Selain bekerja dan berlakon untuk menambah pendapatan sampingan selain dari menyanyi, Ifa juga minat dalam bidang lakonan ini. Bila kita ikhlas, kerja kita akan lebih nampak natural dan satu masa orang akan nampak juga usaha kita.

Ifa baru sahaja habis shooting drama 40 Episod yang bertajuk "RAHSIA HATI" yang turut dilakonkan Oleh Aaron Aziz dan Rita Rudaini. Drama bersiri ini diterbitkan oleh Suhan Movie dan akan disiarkan di Astro. Jangan lupa saksikan nanti lakonan Ifa ya.
Tidak lama lagi Ifa akan turun ke lokasi yang lain pula untuk shooting drama bersiri yang popular sebelum ini. SPA Q II akan memulakan pengembarannya tidak lama lagi dan anda akan meyaksikan perkembangan watak Ifa dalam drama yang akan disiarkan di TV3 itu kelak.

4 comments:

LIZA WORLD said...

Suka part Kak Ifa kata kalau kita buat keje dgn jujur,ianya nampak natural dan usaha kita akan orang nampak juga. Semoga terus maju jaya pada kak Ifa.

Secret Writer said...

Cantik baju kak ifa masa Anugerah Skrin ni.

IFA RAZIAH LINE said...

Thanx Kos, baju tu ditaja oleh pereka kesayangan Kak Ifa, Shamina Omar dari butik D'Kasih ( Anggrik Mall Shah Alam )

IFA RAZIAH LINE said...

Liza, thanx ya atas komen tu dan terima kasih atas sokongan Liza pada karier kak Ifa ya