Sunday, November 23, 2008

PETIKAN DARI AKHBAR KOSMO



HIBURAN
Melodi hilang kredibiliti?
Oleh FAIZAL SAHARUNImfaizal@kosmo.com.my
NORYN

PROGRAM yang menghidangkan perihal dunia seni dalam negara, Melodi baru-baru ini menerima pukulan hebat yang boleh menjejas kredibiliti yang dibina sejak sekian lama.
Semua ini berpunca dalam satu insiden menunjukkan wartawan Melodi yang dikatakan cuba memanipulasi cerita sebenar di sebalik majlis persandingan pelakon Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari, hujung minggu lalu.
Kesilapan ini telah mencetus perasaan tidak puas hati sesetengah pihak yang terlibat bukan saja kepada pengantin baru, Ashraf Sincalir dan Bunga Citra Lestari malah wartawan hiburan lainnya yang menerima tempias dek 'kesilapan' dilakukan rancangan berkenaan.
Tidak hairan hampir seluruh akhbar terkemuka dalam negara membidas Melodi kerana dianggap menghidangkan fakta yang kurang tepat mengenai insiden berkenaan.
Ini menyebabkan pengurusan Ashraf, Beyond DDB bangkit mempertahankan maruah mereka yang dikatakan tercemar ekoran pendedahan berkenaan.
Sebenarnya isu Melodi tersalah fakta seperti ini tidak seharusnya berlaku apatah lagi jika kita melihat kepada kematangan rancangan yang disukai ramai itu.
Melewati usia lebih satu dekad, Melodi tidak lagi memerlukan berita-berita sensasi yang 'murahan' jika niatnya sekadar untuk menaikkan rating penonton.
Kosmo! berkongsi pendapat dengan beberapa artis tanah air yang pernah mengalami perkara sama bagi mendapat ulasan tentang pengalaman buruk yang pernah dilalui selain Ashraf dan Bunga sendiri.
Bukannya mahu memperbesarkan isu ini, sebaliknya perkara yang dianggap tidak patut hadir, lalu meracuni bidang seni ini harus dicegah terlebih dahulu sebelum menjadi lebih parah dan merosakkan nama keseluruhan wartawan hiburan tanah air khususnya.

Bagi penyanyi dangdut Ifa Raziah pula, dia pernah mengalami saat 'dimanipulasi' kira-kira "Harap mereka dapat mengambil iktibar dengan perkara yang berlaku bagi meraih semula dua atau tiga kali dengan Melodi.
"Bukan saya hendak bercakap perkara buruk-buruk tentang Melodi, sebaliknya itu hakikat sebenar yang terjadi kepada saya. Saya pernah diwawancara wartawan Melodi berhubung kes saya bergaduh dengan seorang artis. Memang saya akui ada berikan kenyataan tetapi setelah disunting, apa yang saya ucapkan semasa ditemu bual itu menjadi perkara sebaliknya.
"Sudah pastilah bila penonton lihat visual yang dipaparkan itu, saya nampak teruk di mata umum sedangkan banyak kenyataan positif yang saya berikan sebelum-sebelumnya.
IFA RAZIAH

"Saya jangkakan visual yang keluar lain, namun ia menjadi isu yang tidak sepatutnya hingga saya benar-benar keliru," akui Ifa yang sedang menjalani penggambaran Spa Q musim kedua.
Begitu, wanita berhati waja ini tetap berpendirian bahawa Melodi tetap membantu mempromosi namanya di lapangan seni.
"Selama berbelas-belas tahun melibatkan diri dalam bidang glamor ini, Melodi banyak berjasa kepada saya meskipun adakalanya juga mengaibkan saya dengan cerita tertentu. Benda ini ibarat diluah mati bapa, ditelan mati emak. Saya tidak mahu memperbesar isu ini. Semua yang dilakukan Melodi atau media lain tidak sesekali mengguris hati saya walaupun cerita yang disiarkan itu tiada kebenarannya," akui Ifa bersikap optimis sepanjang masa.
Sementara itu, penyanyi Noryn Aziz yang juga pernah menerima tempias soalan provokatif Melodi hanya mengambil pendekatan memberikan ulasan secara tenang, tanpa perlu melatah.
"Kadang-kadang, perkara yang ingin ditanya biasa-biasa saja, namun ia boleh menjadi isu besar lebih-lebih lagi apabila diaju soalan dalam nada yang berlainan.
"Macam saya sendiri yang pernah lalui pengalaman ditanya soalan personal melibatkan pengkid, bercinta dengan insan yang tidak dikenali dan masalah undangan nyanyian sebelum ini."Awal-awal lagi saya tahu Melodi merupakan program yang menyiarkan benda panas dan kontroversi, ditambah dengan soalan provokasi menjadikan sesetengah isu jadi hangat


"Bukan menjadi masalah terlalu besar dalam soal ini, sebaliknya saya kurang gemar apabila isu yang tidak benar seolah-olah dijadikan benar secara realitinya," akui Noryn.
Lantaran itu, harapan Noryn kepada Melodi adalah dengan menghasilkan cerita yang seimbang sekali gus mengangkat perkembangan bidang seni tanah air tanpa menonjol gosip keterlaluan semata-mata.
Semoga dengan insiden terbaru minggu lalu memberi manafaat kepada semua pihak agar tidak terus bersikap menangguk di air yang keruh. Nilai profesionalisme dalam dunia kewartawanan perlu terus dijunjung sekalipun dalam keadaan media mahu menjadi 'jaguh' dalam menggerakkan isu-isu sensasi.

4 comments:

LIZA WORLD said...

Cantiknya kak Ifa, nampak mcm anak dara bila berambut pendek mcm tu. Bila potong rambut tu?

MY HEART & MY SOUL said...

Pada pendapat saya, sensasi penting juga, tapi hope Kak Ifa taklah terlibat dgn sensasi yg buruk punya.

IFA RAZIAH LINE said...

cantik ker??? alamak tipah tertipu, tu rambut palsu la dik, ala-ala rambut Ella Rama-Rama, thanx atas pujian, tambah muda kakak ni. Jgn lupa tengok Semi final Etnik kreatif muzik2 jumaat ni 28.Nov, 9pm kat Tv3

IFA RAZIAH LINE said...

Terima kasih atas peringatan adik, insyaallah kak ifa buat yg terbaik. Jgn lupa saksikan persembahan yg meletup Jumaat nanti, semi final etnik Kreatif...9pm kat TV3 ya