Sunday, February 22, 2009

ACARA DI LANAI SENI

Apa khabar semua peminat akak yang tersayang? semoga makin sihat dan mantap ya. Mesti ramai yang hairan mengapa lain macam pula tulisan akak kali ini. Bukan apa, sebenarnya Kak Ifa tak nak peminat rasa terikat dengan ayat-ayat formal seperti tulisan akak sebelum ini. Nak tau, ini lah akak yang sebenarnya, baru semua rasa selesa dan tak segan dengan akak. Dah agak lama akak tak update Blog ni, bukan apa...akak busy dgn show dan shooting drama. Mesti ramai yang tengok drama SPA Q...kan? jangan lupa teruskan sokongan pada drama-drama lakonan akak seterusnya yang menanti siaran antaranya drama lakonan akak bersama aaron aziz dan Rita Rudani yang pernah akak tulis dalam entri sebelum ini. Ok lah, akak baru-baru ini terlibat dengan show di lana Seni ( berdekatan dengan panggung Colisium tu ). Show ini anjuran KEKKWA. Memang meriah habis show malam sabtu tu. Apa tidaknya, show tersebut di jayakan oleh Anis Aneesa, Aswad AF5 dan beberapa artis yang lain. Akak pula menjadi pengacara pada malam itu. Haruslah akak berceloteh dan mencuit hati penonton dengan spontan. Yang lebih gempaknya, semasa Anis tengah menyanyi lagu Dangdut, peminat iaitu Suzy Wong dan Ziana Zain celup siap naik ke pentas dan gelek sekali. Habis riuh rendah suasana malam tersebut. Penonto memang sporting, siap bertepuk dan bernyanyi sama. Akak tengok Suzy Wong dan Ziana Zain celup bukan main lagi menari, berangan macam show merekalah pula. Apapun, mereka ni sungguh lucu dan berbakat menari, terima kasih akak ucapkan kerana memeriahkan lagi suasana pada malam itu. Atas permintaan ramai, akak turut menghiburkan penonton pada malam itu. Lagu apa yang akak nyanyi? haruslah lagu akak yang tengah panas dan meletup letup iaitu PANAS.
Kak Ifa sempat menebual kumpulan baru sebelum mereka memulakan persembahan

BERSAMA ASWAD AF5 DAN ANIS ANEESA DI BELAKANG PENTAS



POSE DARI IFA UNTUK PEMINAT TERSAYANG SEMUA









6 comments:

MY HEART & MY SOUL said...

Wah bahasa dan cara penulisan kak Ifa dekat dihati,ni barulah peminat rasa dekat dgn artis. semoga maju jaya selalu kak

Anonymous said...

Lawa la baju Kak Ifa, merah menyala, cuma warna gold kat belt dan kasut tu mcm kurang naik, lagi elok padankan dgn warna hitam. Apa2 pun minat SPA Q - WANA

IFA RAZIAH LINE said...

*Terima kasih My Heart, akak pun rasa dekat dgn peminat semua.

* Akak ucapkan terima kasih pada pandangan Wana, dan terima kasih kerana meminati lakonan akak kat SPA Q tu

LIZA WORLD said...

Kak Ifa, lamanya liza X dengar dan baca kisah Aswad AF tu, nasib baik Kak Ifa tulis dan siarkan picnya, kerana dah X ada majalah siarkan pic dan ceritanya. Lagu apa dia nyanyi malam tu? Suka juga tengok Kak Ifa kat SPA Q, lucu sangat

Anonymous said...

Wah, makin ceria blog kak ifa, syabas ya, satu pembaharuan. Buat la story selalu ya kak ifa - YANA

IFA RAZIAH LINE said...

Liza & Anon,
Terima kasih bebanyak ya sebab beri sokongan yang padu kat akak!!
I love u all!!